Sunday 27 January 2013

Bukit Pelindung, dakian pertama aku !







     Destinasi dakian pertama dan mungkin juga yang terakhir untuk aku (Not interested much in hiking ~ Hehe) terletak berhampiran dengan Teluk Cempedak, pantai yang terkenal di daerah Kuantan, Pahang. Bukit Pelindung ini mempunyai laluan yang telah disediakan oleh pihak bandar Kuantan. Laluan atau track ini agak memudahkan pendaki yang ingin mencuba aktiviti ini untuk pertama kalinya (macam aku...).

     Cadangan untuk mendaki Bukit Pelindung ini disuarakan oleh salah seorang rakan kelas di UIA Kuantan. Maklum lah, masing-masing ingin melepaskan tekanan selepas berhempas pulas menjawab paper final exam ketika itu. Aku pun kebetulan telah diajak oleh Kak Yan. Setelah berbincang dengan roommate, kami pun bersetuju sebab kami berdua belum pernah mendaki. Pada 14 Mac 2011, pukul 7 pagi, kami keluar dari rumah sewa di IM2 dan berkumpul di campus sebelum sama-sama berkonvoi ke Teluk Cempedak. 

     Kak Ecah, yang selalu mengikut aktiviti seumpama ini menjadi group leader bagi dakian ini. Kebetulan dalam hiking group kali ini, semuanya perempuan. Sebelum memulakan pendakian, kami stretching dulu. Ini bagi mengelakkan kekejangan ketika pendakian. Selepas itu, kami membaca doa agar dipermudahkan pendakian dan mengelakkan kejadian tak diingini berlaku (padahal, bukit tu tak dak la tinggi sangat pun. Hehe... gaya macam nak daki gunung kinabalu je.. =p). 

Ketika mula mendaki... muka masing2 happy jer

     Mula-mula mendaki, aku ok lagi.. Sampai di pit-stop pertama aku dah muntah-muntah. Jadi, kepada pembaca di luar sana yang ingin mendaki, take your breakfast before hiking. Ini la kesilapan aku pada hari itu. Aku memulakan pendakian dengan perut kosong. Nasib baik ada candy dalam beg aku. So, sepanjang pendakian aku asyik mengulum candy ini. 

     Di sepanjang laluan atau track ini, ada disediakan bangku untuk merehatkan diri bagi pendaki yang penat. Kira macam pit-stop la ni... ketika mendaki pendaki boleh menghayati keindahan flora dan fauna yang masih terpelihara. Dalam keasyikan mendaki itu, aku tidak lupa memuji dan menghayati keindahan ciptaan Allah. Maha suci Allah yang telah menciptakan alam ini dan telah memberikan aku peluang untuk menghayati ciptaannya. 

Besar tau ulat gonggok ni.. X sama macam kat rumah ^_^

Spectacular view, isn't it? ^_^
     Di puncak, inilah pemandangan yang dapat dilihat. Sangat cantik dan aku sangat teruja melihat view ini. Nasib kami baik kerana cuaca baik pada hari itu. Selepas melepaskan penat, sesi mengambil gambar pun bermula. Masing-masing mula mengeluarkan kamera. Macam-macam posing la yang kitorang buat. Hehe... Selepas beberapa ketika kami pun mula bersiap-sedia untuk turun. Perjalanan turun lebih mudah namun kami masih hati-hati kerana tanah agak licin. Kami menggunakan track yang sama untuk turun. 

gambar favourite aku untuk pendakian kali ini

 
Pelik tengok akar pokok yang bersimpul ni. Macam tali pulak.
     Kami semua menjerit kegembiraan kerana berjaya menamatkan pendakian. Di akhir pendakian, para pendaki boleh la menjamu selera di McDonalds, KFC, Burger King dan kedai-kedai makan yang terdapat di sekitar Teluk Cempedak. Balik jer dari pendakian, aku dan Azie, roomate aku terus mandi dan tertidur kepenatan.. 
 


Jadi kepada para pembaca di luar sana yang mencari atau masih mencari destinasi pendakian, boleh la cuba mendaki di Bukit Pelindung ini. ^_^

No comments:

Post a Comment